Tuesday 17 March 2015

Asam Garam Kehidupan

Kehidupan. Hidup penuh peristiwa suka dan duka. Seseorang itu tak akan dapat lari daripada melalui asam garam kehidupan. Terpulang kepada kita bagaimana mahu menjalani kehidupan itu. Samada terus menempuh kepahitan hidup atau bangkit daripadanya dan berusaha untuk memastikan kehidupan itu penuh dengan saat manis. Kita juga yang akan mencorak kehidupan kita sendiri. Makanya, bangunlah wahai teman. Kita perlu memastikan kehidupan yang penuh pancaroba ini kita lalui dengan penuh ketabahan agar kita dapat merasai manisnya kehidupan.


Monday 16 March 2015

Betul Ke????



"Melayu mudah lupa". "Melayu pemalas". Acapkali frasa- frasa ini diungkapkan tak kira daripada bangsa Melayu sendiri mahupun daripada bangsa lain. Betul ke??? Betul ke Melayu mudah lupa??? Betul ke Melayu pemalas??? 

Tak dapat dinafikan bahawa sememangnya wujud kebenaran dalam frasa tersebut disebabkan tahap kebergantungan kaum Melayu terhadap kerajaan amat tinggi. Sememangnya kita tak dapat menafikan hak istimewa kaum Melayu di tanah Malaysia ini. Tetapi secara tidak langsung kaum Melayu menjadi mundur kerana kurangnya usaha sendiri untuk memajukan diri sendiri. Hasilnya, kaum Cina berjaya menguasai ekonomi negara atas usaha gigih mereka membina empayar perniagaan sendiri.

Bagaimana kita mahu menghapuskan frasa tersebut daripada terus disebut- sebut terutama daripada kaum bukan Melayu? Satu sahaja jawapannya iaitu kaum Melayu harus berganding bahu berusaha untuk memartabatkan kembali bangsa Melayu di bumi Malaysia ini. Janganlah kita menjadi 'pendatang' di negara kita sendiri.